Hikmah Dari Jepun : Kagum Dengan Solat
2. Semasa saya belajar seketika di Jepun sekitar tahun 2017, guru saya (sensei) pernah berbual sesama mereka, menyatakan kekaguman terhadap orang Islam yang solat lima kali sehari, walau sesibuk mana pun urusan seharian mereka.
3. Guru saya (sensei) pernah menyatakan secara jujur kepada saya, kekaguman itu, kerana orang Islam tidak memerlukan orang lain untuk memantau mereka agar berlaku jujur dan disiplin — lebih-lebih lagi dalam solat, walau dikerjakan atau tidak, langsung tak memberi kesan apa-apa pun dalam gaji atau kerjaya seseorang.
4. Bagaimana seseorang boleh "disiplin" hanya bermotivasikan keyakinan dan percaya kepada sesuatu yang terlalu abstrak, tidak nampak di mata, dan tidak direkodkan dalam "punch card" atau sistem.
5. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
6. وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
7. "Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) melalui sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah Al-Baqarah, 2:45)
8. Begitulah, saat kita berhenti solat, menangguhkan perjalanan sebentar, semata-mata kerana jujur kepada diri sendiri dan iman dalam hati, kita sebenarnya melakukan satu perkara besar yang luar biasa dalam dunia hari ini.
9. Masa lima minit untuk solat itu, mungkin mampu mempercepatkan perjalanan kita menuju destinasi kerjaya kita, tetapi kita luangkan untuk menunaikan kewajiban untuk akhirat yang belum "terbukti" wujudnya di depan mata.
10. Semata-mata kerana kita percaya dengan yakin tanggungjawab seorang Muslim.
11. Rasulullah SAW bersabda:
12. "Amalan pertama yang akan dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka dia akan berjaya dan beruntung. Jika solatnya rosak, maka dia akan gagal dan rugi." (Hadis Riwayat Abu Hurairah)
13. Bayangkan betapa beruntungnya majikan jika memiliki seorang pekerja seamanah ini dalam dunia hari ini.
14. Seorang pekerja yang jujur dan berdisiplin dalam menunaikan solat menunjukkan bahawa mereka mempunyai integriti yang tinggi dan komitmen yang kuat terhadap tanggungjawab mereka.
15. Ini bermakna mereka juga berkemungkinan mampu menunjukkan sikap yang sama dalam pekerjaan mereka, memastikan tugas-tugas diselesaikan dengan baik dan tepat pada masanya.
16. Mereka tidak memerlukan pengawasan yang ketat kerana mereka sudah terbiasa dengan disiplin diri.
17. Ini akan mengurangkan beban pengawasan dan meningkatkan produktiviti keseluruhan.
18. Selain itu, pekerja yang beriman dan berdisiplin cenderung untuk lebih tenang dan fokus, yang boleh membawa kepada keputusan yang lebih baik dan suasana kerja yang lebih harmonis.
19. Menunaikan solat atas inisiatif sendiri, rupanya perkara besar yang ada dalam diri Muslim.
20. Perbuatan kecil pada pandangan kita rupanya "besar" di kaca mata orang Jepun.
21. Kenapa kita tidak nampak perkara ini besar dan luar biasa?
22. Sering kali, kita hanya solat tanpa mengambil pengajaran dan hikmah di sebalik disiplin solat itu sendiri.
23. Kita solat tanpa mengaplikasikan disiplin dan tanggungjawab tersebut dalam aktiviti seharian kerana sempitnya pemahaman atau kurang luasnya pengertian ibadah.
24. Solat sepatutnya menjadi cerminan disiplin dan komitmen kita dalam semua aspek kehidupan, bukan sekadar ritual harian.
25. Jika kita benar-benar memahami dan menghayati makna solat, kita akan melihat betapa besar dan luar biasanya amalan ini dalam membentuk peribadi yang amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab.
26. Mungkin sebab disiplin ini, jika kita ambil pengajaran, maka bertepatanlah kita seperti mana yang dikatakan dalam Quran: "Sesungguhnya solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar." (Surah Al-Ankabut, 29:45)
27. Disiplin dan iman dalam solat mengajarkan kita untuk patuh kepada perintah Allah dengan penuh keyakinan dan keikhlasan.
28. Apabila kita solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas, kita sebenarnya sedang melatih diri untuk tunduk kepada perintah Allah dalam semua aspek kehidupan.
29. Solat yang dilakukan dengan penuh kesedaran dan keimanan akan membentuk peribadi yang sentiasa berhati-hati dalam setiap tinda
kan, menghindari perbuatan keji dan mungkar kerana yakin dengan janji Allah.
kan, menghindari perbuatan keji dan mungkar kerana yakin dengan janji Allah.
30. Jika solat yang tidak dipantau pun kita amanah tunaikan dengan penuh cermat dalam masa yang Allah tetapkan, apatah lagi hukum dan arahan lain yang lebih berkait dengan dunia dan boleh dilihat orang lain seperti maksiat yang boleh diselidik atau terdedah ke pengetahuan manusia lain.
31. Solat yang benar-benar dihayati akan menjadi benteng yang kukuh dalam mencegah kita daripada melakukan dosa dan maksiat, kerana kita sentiasa sedar bahawa Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui setiap perbuatan kita.
32. Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa orang yang beragama cenderung lebih tenang dan membuat keputusan yang baik.
33. Sebagai contoh, kajian yang diterbitkan dalam jurnal *Psychological Science* mendapati bahawa orang yang beragama mempunyai tahap kebahagiaan dan kepuasan hidup yang lebih tinggi, serta lebih mampu mengatasi tekanan.
34. Ini kerana kepercayaan agama memberikan makna dan tujuan hidup, serta menyediakan sokongan sosial yang kuat.
35. Selain itu, kajian lain menunjukkan bahawa orang yang beragama cenderung membuat keputusan yang lebih baik kerana mereka dipandu oleh nilai-nilai moral dan etika yang kuat.
36. Rasulullah SAW bersabda:
37. "Apa pendapat kalian, seandainya ada sebuah sungai di dekat pintu salah seorang di antara kalian, lalu ia mandi dari air sungai itu setiap hari lima kali, apakah akan tersisa kotorannya walau sedikit?" Para sahabat menjawab, "Tidak akan tersisa sedikit pun kotorannya." Baginda bersabda, "Maka begitulah perumpamaan solat lima waktu, dengannya Allah menghapuskan dosa." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
38. Sebab itu, Muslim perlu rajin berinteraksi dan bersahabat rapat dengan mereka yang belum Islam, kerana, kebanyakan masanya, hanya orang luar yang tidak memiliki apa yang kita ada, mampu menyedarkan kita nikmat yang kita punyai, tetapi lupa menghargai.
39. Mudah-mudahan penulisan ini dapat menjadi mesej "cinta" kepada mereka yang susah payah berhenti, lapangkan masa dan bersungguh-sungguh menjaga solat dalam kehidupan seharian.
40. Walau berdepan seribu satu dugaan, atau tetap diuji dengan kemiskinan, atau tidak dihargai manusia lain, ketahuilah, perbuatan kalian dinilai besar oleh Allah dan dipandang tinggi oleh masyarakat Jepun yang disiplinnya dikagumi dunia.
41. Betapa ada antara mereka lebih mengkagumi disiplin seorang muslim bila mereka nampak ianya jelas di depan mata mereka.
42. Wallahualam. Insyaallah jom jadi Muslim yang baik untuk diri sendiri, percayalah kesannya akan turut dirasai oleh masyarakat satu hari nanti.
--
Tulisan asal oleh MFAmirS pada 5 Februari 2023.
Ulasan
Catat Ulasan